Monday, 26 September 2016

PERNYATAAN NORMATIF DAN KEWAJARAN TOKOH
Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan Normatif Moral
ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan Normatif Moral
       Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-contohnya:
(a)  Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan sebagainya.
Bagaimana pula pandangan kita terhadap Maharaja Chin yang banyak menyumbang tetapi dikatakan berlaku kezaliman dalam pemerintahannya yang mana telah melakukan pembunuhan terhadap mereka yang tidak sealiran dengannya dalam mengamalkan aliran legalis yang membawa kepada pembunuhan pemikir aliran konfusian
Bagaimana pula kita hendak jelaskan tentang corak pemerintahan yang dibawa oleh Mahatma Ghandi yang cuba menegakkan keadilan, mengelakkan daripada kekerasan dan menjalinkan hubungan antara agama.

Berdasarkan fakta yang dibawa tokoh lampau itu kita boleh kaitkan dengan kewajaran mereka dalam melaksanakan perkara yang baik, benar dan diterima atau sebaliknya. Begitu juga adakah hal yang dilakukan oleh tokoh lampau tersebut merupakan tanggungjawab, hak atau sebagainya. Kita juga boleh bincangkan perkara ini untuk tokoh-tokoh lain dan mengupas tentang pertimbangan nilai yang ada dalam pembawaan mereka.

No comments:

Post a Comment