PERNYATAAN
NORMATIF
Pernyataan ini
terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan
Normatif Moral
ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan Normatif Moral
• Pernyataan ini
merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita
seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak.
Contoh-contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat
keji.
(b) Pengguguran
adalah perbuatan yang tidak bermoral.
• Abdul Rahman Aroff
(1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik,
buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama,
apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil
pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil
kira. Contoh-contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.
• Kedua, apabila kita
menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini
dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang
kedekut adalah tidak baik.
(b)Dia mempunyai motif yang benar.
• Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai
implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila
pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang
itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya:
(a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri
dan orang lain. Berhati-hati di jalan
raya.
(b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh
itu, bermurah hatilah.
• Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang
dinyatakan dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut
atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:
Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.
PERBUATAN NORMATIF BUKAN MORAL
• PERNYATAAN ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di
dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan
sosial.
• Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna
pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang.
Contoh-contohnya:
(a) Ini sebuah buku yang baik.
(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.
• Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal
estetika dan agama ialah:
(a) Saya suka
membeli beg tangan yang cantik dan selesa.
PERNYATAAN DESKRIPTIF
• Abdul Rahman Aroff
menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada
kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral.
• Pernyataan ini value-neutral
dan terdiri daripada laporan atau deskriptif.
• Tujuannya adalah
untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.
• Contoh-contohnya:
(a) Dia sentiasa
tidur awal.
(b) Kereta itu
berwarna biru.
FUNGSI NILAI
• Bagi manusia, nilai berfungsi sebagai landasan, alasan, atau
motivasi dalam segala tingkah laku, dan perbuatannya.
• Nilai mencerminkan kualiti pilihan tindakan dan pandangan hidup
seseorang dalam masyarakat.
• Kehidupan bersama di
masyarakat memerlukan pengertian yang harus diperhatikan, iaitu pembentukan
pribadi manusia sebagai warga masyarakat.
• Dengan demikian kemajuan masyarakat dan perkembangan sosial
budaya dapat tercapai.
• Dari ketiga hal tersebut,
ditetapkan fungsi nilai sosial sebagai berikut.
Fungsi 1: Peraturan Yang Ditetapkan
• Peraturan yang ditetapkan adalah peraturan yang biasanya
tertulis yang memuat norma hukum yang mengikat secara umum dan dibentuk atau
ditetapkan oleh sesuatu kumpulan mengikut prosedur tertentu yang telah
ditetapkan bersama.
• Contoh: Peraturan Perundangan
• Maria Farida & Jimly Asshiddiqie: suatu keputusan
bersifat sekali-selesai, individual dan concrete, sedangkan peraturan selalu
berlaku terus-menerus, general dan abstract.
Fungsi 2: Standard yang Konsisten
• Nilai berperanan
sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima.
• Fungsi ini
membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral,
iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri
sendiri dan orang lain.
Fungsi 3: Panduan/rujukan Penyelesaian Konflik
• Ini bermaksud,
walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai
seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami.
• Nilai bukan hanya
sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang
itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan
sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.
Fungsi 4: Piawai Pengukur Elemen Pengekalan Ketamadunan
• Kegunaan unit
ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari
awal-awal lagi sehingga hari ini.
• Sistem ukuran yang
berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu
piawai sejagat yang boleh diterima dan digunakan di peringkat antarabangsa.
• Sistem yang boleh menyumbang kepada pengekalan pentadbiran
dan kestabilan politik. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam
interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik.
• Kualiti perkhidmatan dan barang yang tinggi. Ciri-ciri peradaban
pekerjaan/pertanian dengan sistem dan prasarana yang baik.