TAJUK 1
|
Konsep Asas Moral
|
1.0
Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep
berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak
dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap
aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
1.1
Konsep
Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa
Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan
peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas
kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,
tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam
mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secaraetimologiistilah moral berasal daripada bahasa Latin
mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk
mendefinisikan kata moral secara terminologi.
Dagobert D. Runes
Moral adalah hal yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan
yang baiksebagai “kewajiban” atau “norma”
Helden (1977) dan Richards (1971)
Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap
prinsip-prinsip dan aturan-aturan.
Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah,
apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpai sebuah beg yang mengandungi sebuah komputer
riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelajar kolej sudah pasti Siva
memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannyamembuatkerja-kerjakolej.
Tetapisebagaiseorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai
polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya
‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti
dan sifat peribadi mulia. Peraturan
komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan
pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan
sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan
masyarakat yang baik. Oleh itu insan
moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi
peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan
menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.
1.2
Konsep Etika
Etika
berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara
hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral,
perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri
kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan
kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka
seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Contoh 1
Seorang
guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru
sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah
tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada
tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh
lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu
mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru
kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika
seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
1.3 Konsep
Akhlak
Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti
seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara
spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah
dikaitkan dengan konsep Khasyatullah
yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah
s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan
segala laranganNya. Contohnya, mengikut
agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi
kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya
ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi
punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan
keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan
permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.
Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar
terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat
sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman
arak dan judi:
i)
memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii)
punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii)
memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv)
memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v)
dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat
Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak
tetapi baik pada setengah orang dewasa.
Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu
kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah
tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang
berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral
berpiawaikan tanggapan dan budaya
masyarakat setempat.
2.0
Konsep Baik, Benar dan Patut
Individu yang bermoralharusnyamemegangkepadakonsepbaik, benardanpatut.
Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang
baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satuperbuatan
yang baik dan patut dilakukan
Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar
dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep
baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan
telah mentakrifkannya dalam konteks atau pendekatan yang berbeza.
2.1
Konsep Baik
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk
kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
Maknabaik:
1. Secara fizikal:
alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan
2. Kepuasandiri:
memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan sebagainya
3. Kelakuan:gerak-geri
yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau persetujuan
4. Penyakit:
dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.
2.2
Konsep Benar
Benar bermaksud betul
dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab,
dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.
Perkataan
benar boleh dilihat dari segi:
i. kebenaran mutlak – kepadaTuhan
ii. kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran
yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisi ssecara
saintifik.
iii. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi
tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam
pantang larang dan peraturan adat.
2.3
Konsep Patut
Patut bermaksud
‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’ dan mempunyai unsur bertindak secara waras dan
bijaksana
2.4 Pernyataan Normatif dan pernyataan Deskriptif
2.4.1 Pernyataan Normatif
Pernyataan ini
terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan Normatif Moral
Pernyataan
ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita
seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak.
Contoh-contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat
keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak
bermoral.
Abdul
Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan
istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan
sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu.
Perbuatan ini dipanggil pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira.
Contoh-contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.
Kedua,
apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang.
Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang
kedekut adalah tidak baik.
(b)Dia mempunyai
motif yang benar.
Harus
diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan
langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila pernyataan itu dikeluarkan,
kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian.
Contoh-contohnya:
(a)
Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya.
(b) Kita
patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah.
Di
samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk
atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut
dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:
(a)
Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
(b)
Tempat ibadat
semua agama mesti dihormati.
ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan
ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah agama,
estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial.
Dalam hal
ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan
nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-contohnya:
(a) Ini sebuah
buku yang baik.
(b) Anda tidak
perlu membeli kasut itu.
Antara
pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama
ialah:
(a) Saya
sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah
satu dosa.
2.4.2 Pernyataan Deskriptif
Abdul
Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai
atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau
deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.
Contoh-contohnya:
(a) Dia
sentiasa tidur awal.
(b)
Kereta itu berwarna biru.
3.0 Aliran Pemikiran Moral
3.1 Naturalis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu
untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran
naturalis.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang
individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
- Seorang pelajar Tingkatan
Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara
yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima
keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun
begitu juga prestasinya.
- Masih ada masyarakat yang
percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang.
Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 52
tahun yang lalu.
- Pulau Langkawi sebelum ini
tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu
terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang
tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga
menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum
tujuh keturunan berakhir.
2.2 Emotivis
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata,
tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
- Seorang perompak telah
menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung
Membeli Belah Giant kerana wanita
tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
- Melihat kecurangan isteri
di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
- Murid Tingkatan Empat
menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut
- Bersikap seperti marahkan
pijat kelambu dibakar
- Bunuh diri kerana kecewa
dalam percintaan
- Menghalau anak dari rumah
kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.
- Sekumpulan lelaki merogol
seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada
saudara kumpulan lelaki tersebut.
2.3 Intuisionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu
proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan
bisikan hati. Orang tua yang bijak telah
mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu
masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang
tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan
betina’. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor
usia.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang
lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran
pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran
terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka
berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas
pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki
‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab
itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung
belang.
2.4 Rasionalis
Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau
sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan
logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia
sejagat. Kes-kes bunuh diri,
menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu,
bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara
yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh
dihujah dengan logik akal biar pun 1000
orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara
tentang hari kiamat, kewujudan Tuhan, hari Pembalasan dan sebagainya.
2.1
KONSEP NILAI
Nilai merupakan
kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda
(manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah,
diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau
di antara kedua pola ini, iaitu
sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)
Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk,
cantik dan lain-lain adalah suatu
penilaian yang dibuat oleh akal manusia
mengikut piawaian mereka.
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow
B.H, 2000:14-16)
·
Nilai Sifat (Attribute)
– untuk menyatakan ketinggian nilai
sesuatu seperti nilai yang diberikan kepada masa – seperti emas.
·
Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu
objek atau perkara – seperti berapa
harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita
jalankan.
·
Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang
tidak terbalas seperti dalam pantun
nasihat Melayu: – hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang emas.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks
dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai
kegunaan nilai:
· Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu
individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial
atau moral.
· Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus
dicabar, dihujah, diubah atau
dipertahankan.
· Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta
membuat keputusan.
· Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan
seseorang.
2.1.1 Jenis-jenis
Nilai
i. Nilai Instrumental berbanding dengan
Nilai Instrinsik
Nilai-nilai
ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai Instrumental(Ekstrinsik)
|
Nilai Intrinsik
|
·
Kualiti yang
diterima atau ditolak
sebagai
alat mencapai sesuatu matlamat.
·
Bergantung pada
nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
·
Nilai peringkat
kedua, misalnya berani, rajin dan hormat menghormati.
Contoh: Keikhlasan
Kita perlu ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab di
dunia ini. Berkat daripada sifat
ikhlas, kita akan memperoleh ketenangan dan kepuasan kendiri.
Nilai-nilai di atas bergantung kepada nilai lain untuk
mencapai matlamatnya.
|
· Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana
ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.
· Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat.
· Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.
· Nilai peringkat pertama,misalnya baik hati, kasih
saying, keadilan.
Contoh: Nilai Kasih sayang
Azhar amat
menyayangi ibu bapanya. Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi kesenangan
ibu bapanya. Azmi tidak pernah mengharapkan harta warisan atau sebagainya
kerana beliau berpendapat bahawa seseorang anak berkewajipan menjalankan
tanggungjawab terhadap ibubapa.
Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai
lain untuk mencapai matlamat.
|
(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif
Nilai Subjektif
|
Nilai Objektif
|
- Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan
pandangan
- Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.
Contoh : Melepak
Rama seorang remaja yang baik. Walau bagaimanapun
apabila dia penat belajar, dia selalu melepak di pusat beli belah berhampiran
dengan rumahnya. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat
melepaskan tekanan
|
· Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas
daripada pilihan peribadi.
· Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria
yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.
Contoh : Peperangan
Peperangan adalah ibarat ‘menang jadi arang kalah jadi
abu’. Kesan peperangan ialah tragedi.
|
Nilai
Relatif berbanding Nilai Mutlak atau
Nilai Absolute
Nilai Relatif
|
Nilai Mutlak (Absolute)
|
- Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat
untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.
- Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan
berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.
- Boleh berubah mengikut masa.
Contoh : Main Mercun
Bermain mercun merupakan sebahagian daripada amalan
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun masyarakat Cina
mula menerima pengharaman bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan
sebagai tindakan rasional pada masa kini.
|
- Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah
masyarakat.
- Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.
- Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi
norma masyarakat.
Contoh : Menghormati ibubapa
Anak dituntut untuk menghormati ibu bapa kerana tanpa
mereka siapalah kita. Anak yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai
anak derhaka.
|
Berdasarkan falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru
, bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik.
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan :
“Pendidikan di
Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Falsafah
Pendidikan Guru:
“Guru
yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Manusia
dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu wujudnya
perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya.
Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu.
3.2 TEORI
ETIKA
Teori etika adalah "a systematic exposition of a
particular view about what is the nature and basis of good or right"
(MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk
menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi
justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis
panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh
digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam
sesuatu situasi yang tertentu.
Oleh itu, tugas
etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal dengan anggapan
umum tentang maksud etika atau moral.
Teori etika terdiri daripada dua pandangan
utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal
(Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini
bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu
perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu
tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis
tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong
adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis
akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama
ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.
3.2.1 TEORI
TEOLOGIKAL
Perkataan teologikal
berasal daripada perkataan Yunani “telos” yang bermaksud “tujuan” atau
“matlamat”. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa
kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak
bermoral. Berdasarkan teori ini nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesansesuatu
perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan
sekiranya ia membawa lebih banyak atau
bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori teleologikal
amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Bagaimanapun,
ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan
baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan
wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan
egoisme.
3.2.1.1 Utilitarianisme
Diasaskan oleh Jeremy
Bentham (1748–1832) dan John Stuart Mill (1806–1873), utilitarianisme berasal
daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” atau “kegunaan”.
Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokankepada
majoriti.
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa
seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan
yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak
kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan
ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral.
Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah
dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi
kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia.
Pandangan
Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;
a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang
akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan
itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang
adalah berlainan.
b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut
suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima
bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan
dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang
akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi.Contohnya, Tindakan
membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak
majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan
kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.
Kelemahan Teori Utilitarianisme
1.
Membenarkan seseorang melakukan
kejahatan untuk mencapai
keseronokan.
2.
Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada
dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.
3.
Menghadkan keseronokan dan kebahagian
sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg
lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
4.
Ada keseronokan yang berbentuk jahat
seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta
benda orang.
5.
Masochists: terdapat kepuasan yang
dicapai melalui kesakitan orang.
6.
Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan
manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa
menempuh halangan.
7.
Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti
keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman
orang.
3.2.1.2 Egoisme
Teori egoisme
adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu
adalah “betul” jika
ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu
“buruk” jika ia membawa keburukan kepada
diri sendiri. Teori egoisme
adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization).
Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.
Egoisme
Psikologikal
Mengikut teori ini,
- manusia
sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental
untuk berbuat demikian; dan
- terdapat
orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.
Egoisme
Etika
Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:
- Egoisme etika
individu
Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.
- Egoisme etika
personal
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain.saya patut bertindak
untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.
- Egoisme
universal
Setiap orang patut
bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.
Contoh : Mengikut
teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk
mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk
kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.
3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKAL
Deontologi
berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “yang diharuskan atau
diwajibkan”. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar
atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan
atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua
aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang
boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib
secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan
bagi individu, masyarakat atau dunia.
1.
Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan
moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak
dalam situasi tertentu. Contoh:’Dalam keadaan genting ini aku terpaksa
memetik picu senapang ke arah perompak itu’
Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk
apa-apa peraturan.
2.
Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang
betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.
Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
Perbezaan
antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum
seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori
deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada
prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu
persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.
Deontologi
selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804)
yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant
percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan
akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah
kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan
kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita
untuk membuat kebaikan atau keburukan.Teori
Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan
dan Prinsip Eksistensialisme.
3.2.2.1 Prinsip Kewajipan
Satu prinsip
kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel
Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang
menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa maksud tanggungjawab
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan
itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab
kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain
dalam pertandingan, walaupun kadang kala
ia dianggap tanggungjawab etika).
Konsep
tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat
dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat,
tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau
betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa
sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama
iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia
dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia
berada dalam kedudukan teraniaya.
Kewajipan Prima Facie
Sir William David Ross (1877–1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada
asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak
bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat
kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila
keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.
Prima
facie = (“at first glance” atau “on the surface of things”)
Seperti
Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana
ini adalah obligasi manusia melakukannya.
Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima
facie:
- Kewajipan
kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas
- Kewajipa ganti
rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material
- Kewajipan terima
kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada
kita.
- Kewajipan
keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan
khidmat orang berkaitan.
- Kewajipan
berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.
- Kewajipan
mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat
kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.
- Kewajipan untuk
tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross
dalam bentuk negatif)
3.2.2.2 Eksistensialisme
Prinsip
Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskanpilihan
individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli
falsafahPerancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah
terlaluabstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak
adasatu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan
tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu
akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya
sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan
hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan
negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara
adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu
bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu
bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.
3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL
Kemoralan
Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep
etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan
tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah
autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah
masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat
biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan
pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap
kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin
keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
Ciri-ciri
kemoralan Sosial
1. Peraturan
moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah
supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan
ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat
etika.
3. Peraturan ini juga tidak
membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah
ditetapkan oleh masyarakatnya.
Kelemahan
kemoralan sosial ialah :
a)
Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan
moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan
yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada
ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif
mempertahankan peraturan moral masing-masing.
b)
Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel,
contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan
semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan
membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan
sentiasa berubah.
c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa
tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat.
d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri
dengan sistem moral.
e) Mementingkan kepatuhan individu kepada
autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka
f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya
lain dan adat resam ditinggalkan
g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh
masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat
negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.
3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)
Teori ini
diperkenalkan oleh Aristotle bahawa “kecenderungan
untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna”. Keperibadian
mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang
baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia
inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan
keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di
dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau
dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi
atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan
sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan.
Konsep
keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah
seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti
terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:
- Keperibadian
mulia intelektual; dan
- Keperibadian
mulia moral.
Keperibadian
mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat
intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu,
keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula
jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.
Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.
Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi
latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan,
menyenangkan serta menyeronokkan.
Ciri-ciri Keperibadian
Mulia
Seseorang
dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
- Menyedari
moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;
- Mempunyai
keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;
- Sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan;
- Berpegang
kepada prinsip;
- Tidak
mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan
- Sedia
menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.
Penjelasan
Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa
keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan
yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para
nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian
dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh
menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai
sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.
Satu
lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap
keperibadian itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan
tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah
tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan
tentang konsep ‘Jalan Tengah’.
Jadual konsep ‘jalan
tengah’ atau virtues Aristotle
Bidang lakuan atau
perasaan
|
Berlebihan
|
Jalan Tengah
|
Terlalu kurang
|
kegentaran
atau ketakutan dan keyakinan
|
Kegopohan
|
Keberanian
|
Perasaan
atau perlakuan pengcut atau penakut
|
Perasaan
malu
|
Terlalu malu
|
Sopan
|
Muka
tebal
|
Perasaan
marah
|
Panas hati
|
Sabar
|
Kurang
semangat
|
Ucapan
diri
|
Cakap besar / sombong
|
Ketulusan / Kebenaran
|
Kata-kata
rendah diri
|
Perbuatan
kasar
|
Kelakar
|
Bijak
|
Canggung
|
Kelakuan
sosial
|
Hampakan diri
|
Ramah tamah
|
Suka
gaduh
|
Kritikan
terhadap Teori Keperibadian Mulia.
- Terdapat
manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
- Keperibadian
mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
- Teori
jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.
- Emosi
manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur
secara berterusan.
- Terdapat
beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan,
mengumpat, bercakap benar dll
4.1 Dimensi Moral
Konsep moral boleh difahami
dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral.Seorang insan yang berakhlak mulia yang
seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan
moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral.
4.1.1 Penaakulan Moral
Disebut juga sebagai
pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu
yang mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan
membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang
diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat
sesuatu keputusan.Penaakulan
moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan
fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh 1:
Seorang guru
disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu kepada
pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan
anaknya sendiri.Keputusan yang dibuat oleh
guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh 2:
Seorang murid
meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat
garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak
akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru
kelasnya. Walau bagaimanapun sebagai
guru yang tegas dan adil, guru itu
terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.
4.1.2 Perasaan Moral
Merupakan
kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin,
belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa
kepada tindakan yangbermoral.Perasaan
ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting
untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang
bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan
empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang
miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
Contoh:
·
Merasa
sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
·
Bergembira
dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan.
·
Marah
kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat.
·
Bersimpati
dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.
4.1.3 Perlakuan
Moral
Merupakan
tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan
dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral ini
adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong
seseorangbertindak secara bermoral.
Contoh:
·
memulangkan
dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas
·
memimpin
orang buta menyeberang jalan
·
tidak
terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut
melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan
dan ditegah oleh agama
·
sebagai
ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki
sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun
6.
4.2
Sifat-sifat Individu Bermoral
Bagaimana kita mengganggap
seseorang itu bermoral ?Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat
melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun
begitu kadangkala seseorang itu
bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi
juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.Adakah anda
dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan bersama.
4.2.1
Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral
Terdapat
berbagai pendapat dalam menentukan
sifat-sifat insan bermoral kerana masing–masing mempunyai fahaman yang
tersendiri. Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan
sebagai sifat moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan
sebagainya,yang mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang
menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya
nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu
sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam
menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga
prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan,
prinsip altruisme dan prinsip autonomi.
(i) Prinsip Keadilan
Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak
yang mengatakan bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa.
Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang
bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal
adalah keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam
pula mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu
tempat yang sesuai dan sepatutnya .
Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep
keadilan menyatakan adil itu sebagai “ fair-minded”,
tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di antara
prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum
iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua
individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan “distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban
juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya
juga merangkumi kemahuan kepada peraturan, kejujuran, equity, integrity dan
lawfulness.
Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip
ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan
merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna
tidak pilih kasih, tidak tamak untuk
kepentingan diri sendiri.
(ii) Prinsip Altruisme
Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika
perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan
mengambil berat tentang kebajikan orang lain.
Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada
kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Prinsip altruisme
melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan
orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang
diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.
Perasaan kasih sayang, simpati dan empati
menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.
(iii) Prinsip
Autonomi
Adakah kita bebas membuat pertimbangan?
Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini
menerangkan konsep pertimbangan bebas.
Andaian bahawa pertimbangan dan
tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh
dikategorikan sebagai moral. Ini
disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara
rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi
hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?
Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos
bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini
boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan
berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri.
Prinsip ini meliputi pertimbangan
bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan
hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan
kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.
Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen
autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya
prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang
rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi,
syarikat, keluarga dan sebagainya.
4.2.2 Profil Insan Bermoral
Konsep
insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral
merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya
dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti.
Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:
a. Bebudi
pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa
b. Tidak
sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.
c. Bergaul
mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan kekurangan diri.
d. Jujur-
niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
e. Orang
bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap:
i) Raja dan negara
ii) orang yang lebih tua, guru, rakan, dan
jiran
iii) Ibu bapa
iv) Hak asasi manusia
v) Kepercayaan dan adat resam pelbagai
kaum
vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap
individu
vii) Undang-undang
viii) Maruah diri
Walaupun
begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan
untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan
mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi
kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan
pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral
seharusnya mampu:
(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;
(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat
pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;
(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu;
dan
(d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan
peraturan dan prinsip moral yang asas.
Selain
itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan empati.
Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati
sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat pelajar
memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang
lain.
4.2.3 Ciri-ciri Insan Bermoral
1. Menghormati
autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh
teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang
lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga
akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala
fakta, alternatif dan kesannya.
2. Melakukan
sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab
yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang
berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif
sebelum sesuatu keputusan dibuat.
3. Mempunyai
pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu
situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah
dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.
4. Mempunyai
emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan
moral diambil. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak
bermotivasi untuk melakukannya.
5. Mempunyai
iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan
berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.
4.3 Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral
Guru
Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.Ini
bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang
moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke
sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari
segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh
dilentur.
Guru
Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan
pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di
sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan
moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai
dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.
Guru
Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam
dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan
mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru
dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing
mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di
sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah
mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.
Selain itu,
guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif
seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak
didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan
sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan
KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang
membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru
itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah
akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam
kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan
melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung.
Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk
membolehkan pelajar:-
·
Mengukuhkan
amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan
KBSR,
·
Menyedari,
memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
·
Dapat
membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip
moral;
·
Boleh
memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat
sesuatu keputusan; dan
·
Mengamalkan
nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.
Sehubungan
itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita
adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.Dengan menjalankan tugas penuh
dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang
bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.
TAJUK 5
|
Nilai-nilai Agama dan Masyarakat
|
5.1 Nilai
Agama dan Kepercayaan
Malaysia sebuah negara
demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa
dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain
bebas diamalkan secara aman . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh
,ajaran Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran
,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang
menjurus kepada nilai-nilai moral yang mulia seperti sabar, murah hati,
sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu
dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan
orang lain.
Agama merupakan pegangan hidup
manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama
tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi
cabaran.
Agama rasmi negara kita ialah
agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara
aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu,
Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
Kesemua agama memberi panduan dan
ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama
masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan
diri.
5.2 Nilai
murni dari perspektif agama Islam, Hindu dan Buddha
ISLAM
n Bahasa: Islam berasal daripada
perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela,
bukan terpaksa atau dipaksa.
n Istilah: mentauhidkan (mengesakan)
Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan
ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
n Ajaran Islam mengandungi 3 komponen
besar iaitu
q Aqidah - iaitu keimanan dan
kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan
melainkan-Nya.
q Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran
yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi
soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.
q Akhlak - ajaran-ajaran yang
berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh
agama.
Rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Sembahyang lima waktu
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu
Rukun Iman:
1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
BUDDHISME
Jalan Lapan
Lapis Mulia:
1.
Pandangan yang Betul
2. Fikiran
yang Betul
3.
Pertuturan yang Betul
4.
Perbuatan yang Betul
5.
Pekerjaan yang Betul
6. Usaha
yang Betul
7.
Kesedaran yang Betul
8. Tumpuan
yang Betul
Panca Sila
merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.
HINDUISME
1. Dharma,
yang bermaksud tanggungjawab.
2. Ahimsa,
yang bermaksud kasih sayang
3. Dhruthi,
yang bermaksud keberanian dan ketetapan.
4. Kahamaa,
yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.
5. Damo
ialah mengawal fikiran.
6. Stheyam,
ialah tidak tamak.
7. Showcha,
yang bermaksud kebersihan.
8.
MindriyaNigharam, ialah mengawal perasaan.
9. Dheer,
atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai
mengawal perasaan.
3.2 Nilai murni dari perspektif Agama
Kristian, Sikhisme dan Kepercayaan Animisme
KRISTIAN
Peraturan
Emas
Undang-undang
Tuhan yang terpenting ialah:
·
mencintai
Tuhan dengan sepenuh hati
·
mencintai
jiran seperti mencintai diri sendiri
·
mencintai
satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan
diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.
SIKHISME
Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama
Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi
seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan
kesejahteraan.
Kitab suci
Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi
mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga
bahagian:
1.
Keperluan perkembangan insan
2.
Perhubungan antara manusia
3.
Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir
keperibadian
mulia adalah disenaraikan seperti berikut:
1.
Kebijaksanaan atau Kearifan
2.
Kejujuran
3. Keadilan
4.
Kesederhanaan
5. Keberanian
6. Merendah diri
7. Kepuasan diri
Perayaan :Vasakhidisambutpada 13 April
setiap tahun.
LIMA K
q kes (rambut yang tidak
dicukur),
q kangha (satu sikat untuk
memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih)
q kada (gelang besi waja sebagai
tanda ketaatan kepada guru)
q kach (memakai seluar pendek
yang labuh hingga ke bawah lutut)
q kirpan (satu pedang untuk
menandakan gagah berani seperti singa).
Nilai Murni
Kebijaksanaan
|
Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu
rohani.
|
Kejujuran
|
Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta
keyakinan dan tindakan seseorang.
|
Kesederhanaan
|
Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau
keterlaluan.
|
Keadilan
|
Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang
lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.
|
Keberanian
|
Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn
sesiapa.
|
KEPERCAYAAN
ANIMISME
Animisme
merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat orang Asli yang
disifatkan sebagai ‘aborigines’ iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur,
tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman
penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito,
Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu
kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan sebagainya
mempunyai semangat (roh)
Mengikut encyclopedia,
kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai
agama.Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang membawa
makna nyawa atau roh.Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini
mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut,
sungai, laut, pokok dan tanaman.
Kebanyakan
suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa, dunia didiami
pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa dewa yang menurunkan
hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan taufan dan sebagainya.Suku Senoi
pula mempunyai empat dewa utama iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang
larang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di
kawasan hutan.
Kepercayaan ini pasif
kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia.
Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah
mewujudkan interaksi dengan alam sekitar.Dalamperinteraksian ini, mereka telah
melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah
mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu
siang.Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam
semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila
mereka membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang
lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah
yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh.Aktiviti ini
juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang paling utama bagi kepercayaan
animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat.
a.
Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa
tuan.
b. Mereka
juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
c. Mereka
percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga.
d. Maka,
mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan
sebagainya.
e.
Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam
tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk
kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam.
f. Selain
itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai.
Setelah kehadiran Islam, segala
kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai, contohnya semangat atau
roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.
3.3
Nilai Murni dari perspektif Agama
Taoisme dan confucianisme
TAOISME
Tao ialah
suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan
dipaksa.
“Dua” dalam
konsep ÂYang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang.
Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya hitam dan putih, baik dan
salah dan
sebagainya.
CONFUCIANISME
n Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu
Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung.
n Ianya merupakan ajaran tentang
moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus
bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota
masyarakat.
n Ajaran Confucius terkandung dalam
buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika
dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.
LAPAN NILAI
MURNI DALAM BUKU LUN YU.
n Ren atau baik hati yang bermaksud sikap
menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati
terhadap semua orang.
n Shuyang meliputi murah hati, toleransi dan
belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
n Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan
sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.
n Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa
dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.
n Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu
dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan
lebih penting daripada hasilnya.
n Ming yang menegaskan bahawa individu patut
melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya
kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
n Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa
dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.
n Zhiyang bermaksud ketulusan dan ketegahan
dalam tingkah laku.
3.4 Nilai Masyarakat Malaysia
Setelah hampir 50 tahun mencapai
kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari
jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh
untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan
negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri
yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat
Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa
masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini
sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam
masyarakat.
Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang
atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem
nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme
atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada
banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah
berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme,
hedonisme dan sebagainya.Biarapapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada
nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik
dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.
Betapa celaru sesebuah masyarakat
bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan
erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat
itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap
buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh
kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah
masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih
daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam
sesebuah negara tidak lagi bermakna.
Menyedari hakikat tersebut,
sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri
mereka masyarakat sivil cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat
Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting
pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak
berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak
tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu
yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah
diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik
nilai seperti yang telah dinyatakan.
Masyarakat Malaysia yang
menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah
membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh
seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi
semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga bersekedudukan dan
perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh
masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima
sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi
setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat
Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’.
Pembinaan sebuah masyarakat
yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud
prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama.Sistem nilai yang
berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah
masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai
secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari
individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini
semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula
tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.
Nilai-nilai kemasyarakatan
dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling
mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai
jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat
tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat
individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang
lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai
pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti
telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki
membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan
jiran-jiran
Perubahan
nilai masyarakat Malaysia
Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33
daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai
keramahan dan kemesraan. Reader’s Digest telah menghantar wartawannya untuk
melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas
terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak
dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika
memberi perkhidmatan.
Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York,
Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch,
bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap
penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan.
Masyarakat
kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana ketiga-tiga elemen yang
dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Di Asia, Manila berada pada
kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding bandar raya Asia yang
lain.
Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah
berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan
budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat
tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era
pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun.
Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang
lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.
Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan
sosial yang minimum dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat
ketika itu khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup, ringkas
dan praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, patuh
kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan
ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam
filem-filem Melayu klasik.
Kedatangan British telah membawa nilai dan norma
yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau
tersembunyi. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu
pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20.
British membawa masuk industri dan sistem
pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan
sistem dan struktur nilai, norma dan budaya masyarakat. Natijahnya ialah wujud
pertentangan kerana masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini
tanpa persediaan.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan buruh
di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke kampung
dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk golongan pemodal,
pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh.
Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada
perancangan lima tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan
penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan
Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).
Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam
aspirasi kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun
2020 melalui Wawasan 2020.
Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan
yang wajar kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang
terpuji semata-mata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana
kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi
menyedarkan masyarakat Malaysia?
Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap
kematangan agak lambat menerapkan nilai yang dikehendaki.Peranan kempen yang
singkat tidak dapat memberi kesan yang sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan
kempen yang agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia
sepenuhnya.Tambahan kempen ini bermusim.
Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia
harus bermula dari bawah, dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran
keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah
kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun yang akan
dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan untuk
memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan yang
hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.
Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala
Lumpur diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya
perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Topik 6
|
Teori Perkembangan
Moral Kanak-kanak
|
1.4
Pendahuluan
Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan
perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan
memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di
atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang
mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku
moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan
pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian
yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).
1.5
Teori Perkembangan Moral Kognitif
Pakar-pakar
perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa
perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:
i. Setiap individu dalam
semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang sama.
ii. Perkara yang mendasari
setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa
seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.
Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya
Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi
menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.
Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:
i.
Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7
tahun).
Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan
sebagai tidak dapat diubah.
ii.
Peringkat kedua adalah autonomus (10
tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka sedar
peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.
Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan
Kognitif kanak-kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia
berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiribeliau
cubamemahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka
memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak
menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial. Menurut
Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap
deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal
(Sakhilah Shahkat Ali, 2009).
Perkembangan
moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral.
Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan
pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous,
kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini
perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan.
Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik
buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk
ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali,
2009).
Peringkat yang
terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak mengambil
berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada orang
lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan pada peringkat ini
kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan
rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak lagi pada kehendak
undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh diambil kira. Keupayaan
melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut bertambah, ini meningkatkan
keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif,
1974, Shaffer, 1993).
Sumbangan Piaget
terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963, 1964, 1969,
1976,1981, 1984). Pada kali ini
kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari
golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
1.5.2 Teori
Perkembangan Moral Kohlberg.
Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah
memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat
mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama
tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya
tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat.
Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada
tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2),
tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat
5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah
lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap
tersebut. Menurutnya lagi untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih
baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu.
Tahap
prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang
sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan
remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap
bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala
tahap pascakonvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya
dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun.
Kohlberg (1976)
telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang
berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu:
Tahap l: golongan
prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat
luaran pada diri seseorang.
Tahap ll: golongan
konvensional,di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan jangkaan
terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.
Tahap lll: golongan
pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada undang-undang
dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam
bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).
Enam Peringkat
Perkembangan Moral Kohlberg
______________________________________________________________
Prakonvensional Peringkat
1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan (Might makes right)
Peringkat
2. Orientasi Timbal balik
(Scratch
my back, I’ll scratch yours)
________________________________________________________________
Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu
(Good
boy, nice girl approval)
Peringkat
4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan
(Fixed rules,
right behavior consists in doing one’s
duty)
________________________________________________________________
Pascakonvensional Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial
(Standards
critically examined and
agreed upon by
whole society)
Peringkat
6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat
(Universal
justice, equality)
________________________________________________________________
Dipetik daripada Traviss, 1985.
1.6. Teori
Perkembangan Sosial
Idea
tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan
Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah
menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan
seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan,
tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan
ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi
seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
i.
Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru
seseorang atau model dengan melihat kepada orang itu
ii.
Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan,
sekat lakuan merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak
sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang
yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang
lain.
iii.
Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan
seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah
individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri
tindakan orang lain.
Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau
diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau
tidak formal.
1.6.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh
dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu
kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh
kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang berpatutan.
v.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,
peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan
peneguhan positif.
1.6.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan
Bandura
(1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan atau motivasi.
(i) Pemerhatian
Untuk
belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.
Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak
atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan
sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi
perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan
perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar
menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang
jelas dan menekankan isi-isi penting.
(ii)
Mengingat
Untuk
belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.
Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak
atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan
sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian
ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan
dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian
kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan
isi- isi penting.
(iii)
Reproduksi
Pemerhatian
harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang
tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau
langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang
itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang
perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di
peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
(iv)
Peneguhan/Motivasi
Kita
mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu
sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya.
Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian.
Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan
seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan
perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,
peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba
menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.
1.7 Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim
Durkheim
sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat
mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti
perbezaan agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya
kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan
masyarakat.
Masyarakat
adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan
moralti (Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal
kelakuan manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut
Durkheim, kanak-kanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial
yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah
adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal. Maka
guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara
masyarakat dan kanak-kanak.
1.8 Teori Perkembangan Moral Humanis
Teori
pemebelajaranhumanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri
seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan
cara pemikiran, pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap
sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai
bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala
tingkahlakunya.
1.8.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl
Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri
tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain
terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah
perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang
objektif dan tidak terlalu sensitif.
Carl
rogesberrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh
dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan
dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan
membentuk konsep kendiri yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan
penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian
individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying
dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.
Cara-
cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan
sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil
kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai
moral dan agama yang baik di dalam jiwa
kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.
BIBLIOGRAFI
Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.
________________
(1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.
________________& Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ahmad b. Khamis (1999). Etika
(Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi.K. Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Dewey,
J. (1972). Democracy and education. New York: Macmillan.
Downey, M. & Kelly, A.V. (1978). Moral education: Theory
and practice.London:
Harper & Row.
Durkheim, Emile
(1973). Moral Education: A study in the theory & application of the
Socialogy of education. New York: The Free Press
Ee, A. M.
(1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan
Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling
Jaya, PearsonEducation MalaysiaSdn.
Bhd..
Gardner,
R., Cairns, J. & Lawton, D. (ed.). (2000). Education for values:
Morals,ethics and
citizenship in contemporary teaching. London:
Kogan Page.
Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Open Universiti
Malaysia , Modul Pengenalan Pendidikan Moral, Kuala Lumpur,
Rajendram,
N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala
Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tam, Y.K. (1996), Pendidikan Moral: Konsep dan Program
Pendidikan Moral. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum
(2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Limpur
VishalacheBalakrishnan (2009). Pendidikan Moral untuk universiti dan
kolej.Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Windmiller,
M., Lambert, N. &Turiel, E. (1980). Moral development and
socialization.Boston:
Allyn& Bacon.
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN MORALPENDIDIKAN RENDAH)
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (SR)
NAMA
|
KELAYAKAN
|
PN. FAZLULAINI BINTI MOHD YUNUS
Pusat Pembangunan Akademik
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel:012-2977446
|
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan. UM
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam). UTM
Pengalaman:
Penolong
Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (Penyelaras j-QAF).
Penolong
Pengarah BPG. 2 tahun
Guru
Sekolah Menengah 5 Tahun
|
DR SAKHILAH BINTI SHAHKAT ALI
Pensyarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
tlg
kemas kini ye ...kelulusan dn pengelaman pun buat kemas kini ye
|
Kelulusan:
Ph.D ( Pengajian Islam),USM
M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM
B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar, Kaherah
Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (13
tahun)
Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/ Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan KDPM SABK
Panel Penggubal Modul LPBS/KDC –
KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK
|
PN NOORLELA BINTI MUHAMMED SHARIFF
Pensyarah Cemerlang
Institut Perguruan Guru
Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat
70600 Seremban
Negeri Sembilan
|
Kelulusan:
M. Ed. USM (1999)
B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988)
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (17
tahun)
Guru Sekolah 6 tahun
Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R), KPLI(j-QAF),
KDPM SABK.
|
PN BADRIYATUN BINTI KAMAR
Pensyarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat
70600 Seremban
Negeri Sembilan
badriyatun@gmail.com
|
Kelulusan:
M. Ed. UKM (2007)
B.A. (Edu) with Hons , USM (1990)
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPRM (9 tahun)
Guru Sekolah (14 tahun)
Ketua Panitia Pendidikan Moral (9 tahun)
Penanda Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral SPM,
Lembaga Peperiksaan Malaysia (6 tahun)
Panel Penilaian Pembangunan E-Bahan Pendidikan Moral
Tingkatan 1 dan 4, Bahagian Teknologi Pendidikan untuk Program Pembestarian
Sekolah 2005-2007
Subject Content Expert (SME) E-Bahan Pendidikan Moral
Tahun 3 bersama Syarikat Net Carbon bersama BTP, Kem.Pelajaran 2008-2009
Penulis Buku Kerja Pendidikan Moral SPM 2000-2004,
Sasbadi Sdn.Bhd.
|
|
|